Bagi kebanyakan orang, menulis resume adalah sesuatu yang sukar dan memerlukan masa. Dan lebih teruk lagi apabila anda berfikir bahawa mempunyai “resume yang bagus”, tetapi masih tidak dipanggil temuduga.
Bukankah akan menjadi lebih mudah jika anda mempunyai panduan bagaimana untuk menulis resume yang hebat dan anda akan dipanggil temuduga SETIAP kali anda memohon dan menghantar resume.
Ia tidak mustahil jika anda mengikuti proses yang saya akan kongsikan dengan anda langkah demi langkah. Cara ini bukanlah format penulisan, ia hanya panduan dan pemudah cara untuk anda menulis resume dengan baik, dan cara penulisan ini terbukti lebih cepat, mudah dan telah membantu ramai mereka di luar sana yang memohon kerja.
Lihat review di sini Customer Review.
Cara ini sesuai walaupun anda baru pertama kali mahu menulis resume dan tidak mempunyai pengalaman, atau jika anda seorang profesional yang mempunyai sedikit mahupun banyak pengalaman. Cara ini akan membantu anda menulis resume yang hebat dan mengagumkan.
Semak Resume anda di sini. Kami akan meneliti resume anda dan memberi idea bagaimana menulis resume yang majikan mahukan. Klik di sini sekarang dan hantar resume anda.
Resume bertujuan sebagai mewakili diri anda dalam menghantar permohonan kerja di sesebuah syarikat. Ia sangat penting untuk menghasilkan resume yang hendak di lihat oleh majikan. Maka, anda perlu meletakkan maklumat yang ingin di ketahui oleh majikan, bukan maklumat yang anda letakkan tanpa merujuk kepada “Job description”.
Mari lihat apakah “checklist” maklumat yang perlu ada dalam resume.
Ini adalah maklumat wajib yang perlu ada di dalam Contact Information. Ada beberapa maklumat tambahan yang perlu di nyatakan juga tetapi ia bergantung kepada syarikat dan jenis pekerjaan yang di mohon.
Tidak semua perkara di atas terpakai kepada setiap calon.
Sebagai contoh tidak semua orang mempunyai laman web sendiri. Ia kebiasaannya terpakai kepada “Graphic Designer”, “Photographer” dan lain-lain jawatan yang memerlukan portfolio.
Manakala untuk social media, adalah digalakkan setiap calon yang memohon mempunyai Linkedin akaun. Kebiasaannya majikan akan merujuk dengan lebih lanjut berkenaan maklumat diri calon melalui Linkedin akaun. Sekiranya anda mempunyai Linkedin akaun ia akan membuat anda tampak lebih professional.
Anda tidak perlu meletakkan “Date of Birth” melainkan ia di minta oleh syarikat. Contoh yang sesuai adalah pekerjaan seperti Pegawai Penguat Kuasa atau Pengawal Peribadi yang ditentukan had umur.
Semak Resume anda di sini. Kami akan meneliti resume anda dan memberi idea bagaimana menulis resume yang majikan mahukan. Klik di sini sekarang dan hantar resume anda.
Apabila anda menulis resume, perkara pertama yang perlu ditulis dan dimasukkan selepas Contact Information adalah Resume Objective.
Resume Objective adalah pengenalan ringkas atau pendahuluan atau pembuka bicara yang menggariskan berkenaan Achievement/Experience , Qualification dan Skills, dan mengapa anda merupakan The Best Candidate untuk jawatan yang ditawarkan.
Satu kajian yang dibuat oleh The Ladders telah menunjukkan bahawa recruiter hanya akan mengambil masa 6 saat untuk melihat satu resume. Ini kerana dengan timbunan +250 resume lain secara purata. Recruiter perlu segera mengimbas setiap resume. Mereka hanya mempunyai masa untuk mencari apa yang mereka mahu dan perlukan. Dan cara terbaik untuk menarik mata recruiter terus membaca resume anda adalah dengan memperkenalkan diri dengan cara yang terbaik dan menggariskan maklumat yang benar-benar mereka mahukan di dalam resume objective.
Jangan salah faham kerana kesemua nama ini adalah berbeza hanya pada nama mengikut tujuan resume itu di tulis dan bergantung kepada “profession”. Secara asasnya kesemua itu adalah sama fungsinya (iaitu Resume Objective). Gunakan nama yang anda rasa bersesuaian dengan resume yang anda hantar. Yang penting anda mesti letakkan info ini di bahagian paling atas selepas Contact Information.
Semak Resume anda di sini. Kami akan meneliti resume anda dan memberi idea bagaimana menulis resume yang majikan mahukan. Klik di sini sekarang dan hantar resume anda.
Perkara utama yang paling hendak di lihat oleh majikan adalah bahagian Work Experience. Kerana di sinilah tempat majikan meneliti sejauh mana anda adalah calon yang sempurna untuk jawatan yang di tawarkan. Adakah pengalaman anda bertepatan dengan jawatan yang di pinta? Itulah sebabnya Work Experience pada resume harus sempurna.
Tetapi tentu sukar sekiranya anda seorang freshgraduate yang tiada pengalaman atau anda seorang professional yang banyak pengalaman tetapi tidak tahu pengalaman mana yang harus di utamakan dan ditulis.
Itulah sebabnya panduan ini akan menunjukkan kepada anda:
Work Experience adalah pengalaman kerja yang telah anda lakukan sepanjang perjalanan kerjaya anda. Dan anda perlu menyatakan secara terperinci di dalam resume mengenai pengalaman kerja.
Adakah ini bermakna semua pengalaman kerja perlu ditulis?
Tidak semestinya. Tulis pengalaman yang berkaitan dengan jawatan yang di mohon dan sebaiknya tulis dengan terperinci apakah tugas yang anda laksanakan. Jangan terlampau panjang atau banyak pengalaman sehingga membosankan recruiter untuk membaca. Nyatakan pengalaman yang benar-benar memberi impak yang positif terhadap diri anda yang menunjukkan anda adalah calon yang sempurna seperti mempunyai kriteria pekerja yang berdedikasi, berpengalaman, cekap dan sebagainya.
Work Experience adalah pengalaman kerja yang anda dibayar gaji.
Kerja berbayar termasuklah :
Katakan anda mengikuti “internship” atau “independant project” sebagai pelajar yang tidak di bayar gaji.
Dalam hal ini, anda boleh menggantikan Work Experience dengan tajuk berikut:
Bagaimana pula jika anda langsung tidak mempunyai pengalaman bekerja. Apakah yang perlu di tulis di bahagian Work Experience?
Anda boleh memasukkan maklumat berikut yang mempunyai kaitan dengan skop tugasan jawatan yang di mohon.
Yang paling penting pengalaman ini mestilah mempunyai kaitan dengan skop tugasan bagi jawatan yang ditawarkan. Jangan tinggalkan kosong pada bahagian Work Experience seolah-olah anda langsung tidak tahu melakukan kerja. Ini akan menjatuhkan reputasi anda dan susah untuk di panggil ke sesi temuduga.
Professional Experience adalah kerja yang anda lakukan selaras dengan profesion anda. Jika anda seorang jururawat, pengalaman profesional anda termasuk semua pekerjaan kejururawatan yang anda miliki, samada ketika bertugas di Hospital, Klinik dan sebagainya.
Sebelum mendapat Professional Experience, mungkin anda pernah menjadi “volunteer” dalam persatuan atau pertubuhan dengan mengikuti misi bantuan di sesebuah kawasan atau tempat. Ini dikira sebagai Relevant Experience, kerana tidak di bayar gaji dan bukan pekerjaan utama anda. Tetapi pengalaman ini penting dan boleh menjadi “extra benefit” untuk memberi sebab tambahan majikan memilih anda. Anda boleh menambah pengalaman ini di bahagian seterusnya selepas menulis Professional Experience. Pastikan anda mengikut turutan dan jangan sesekali menulis Relevant Experience mendahului Professional Experience.
Formula
Cara Tulis
Turutan
Berikut adalah contoh bagi jawatan Administrative officer. Mungkin anda tertanya bagaimanakah cara penulisan yang betul. Sekiranya anda mengikut formula Action word – Specific task – Quantifiable Point. Tugasan kerja yang biasa akan menjadi luar biasa dan memberi impak yang positif terhadap diri anda.
Action Word: Negotiate
Specific Task: Order office supplies for the company.
Quantifiable Point: Saved the company $5,000 annually on office supply costs.
Jika anda lihat ayat di atas, kebanyakan orang akan menulis “Responsible for buying office supplies”. Adakah ayat ini betul? Ya, ia betul. Tetapi adakah ia memberi impak yang positif? Tidak langsung ! Pastikan anda menulis pengalaman yang boleh menunjukkan anda seorang yang penting dan sangat membantu syarikat.
Lihat contoh seterusnya.
Action Word: Spearhead a global brand strategy.
Specific Task: Analyze market trends
Quantifiable Point: Recommend solution resulting in a 10% upswing in sales annually.
Cuba elakkan menulis “Responsible” kerana ia agak membosankan dan hampir ada di setiap resume kebanyakan orang. Gunakan Action word yang lebih menarik dan sesuai.
Semak Resume anda di sini. Kami akan meneliti resume anda dan memberi idea bagaimana menulis resume yang majikan mahukan. Klik di sini sekarang dan hantar resume anda.
Jarang untuk dilihat resume yang mempunyai achievement didalamnya.
Menambah achievement ke dalam resume adalah cara yang sangat berkesan untuk menarik perhatian majikan dan menonjolkan lagi kemahiran dan pengalaman anda.
Perkara pertama yang perlu anda lakukan untuk mengenal pasti apakah pencapaian/ achievement anda dalam syarikat.
Tanya diri anda:
Kemudian :
Untuk menambah achievement ke dalam resume, anda perlu menggunakan formula PAR (Problem Action Result).
Berikut adalah contoh ayat achievement yang mengikuti formula PAR (Problem Action Result).
Katakan anda bekerja sebagai Administrative Officer. Anda di tugaskan untuk membuat atau membantu menyiapkan proposal untuk di hantar kepada pihak penguatkuasa untuk mendapat kelulusan bagi lesen syarikat.
Problem : Applying for Approval of Registration from Ministry of Education (MOE)
Action : Prepare a proposal.
Result : Received approval from (MOE) and rewarded by managing director.
Mari lihat contoh yang lebih mudah.
Anda di tugaskan untuk membantu staff yang baru berdartar kerja di syarikat. Anda perlu menunjukkan ruang tempat kerja, skop tugasan mereka dan lain-lain.
Problem : New staff registered on the first day.
Action : Teach and give a knowledge.
Result : Enhanced productivity.
Semak Resume anda di sini. Kami akan meneliti resume anda dan memberi idea bagaimana menulis resume yang majikan mahukan. Klik di sini sekarang dan hantar resume anda.
Education adalah bahagian resume yang paling mudah untuk di tulis.
Berikut adalah panduan asas untuk menulis Education:
Apakah maklumat yang perlu ada di dalam Education?
Contoh seperti berikut :
Multimedia University Malaysia, MA
MA in Business Administration
Graduated in 2015 with a 3.7 GPA
Multimedia University Malaysia, BA
BA in Business Administration
Graduated in 2010 with a 4.0 GPA
Jika anda belum tamat belajar, mungkin di semester akhir, anda boleh tulis seperti berikut :
Multimedia University Malaysia, BA
BA in Business Administration
Expected Graduation in Oct 2017
Currently 3.5 GPA
Atau Jika anda tidak menamatkan pelajaran atas sebab yang tertentu. Anda boleh tulis setakat semester yang telah anda tamat, seperti berikut :
Multimedia University Malaysia, BA
2007 -2010 Completed 60 credits toward BA in Business Administration
Ini kerana anda telah membayar untuk kursus tersebut, maka ia adalah milik anda. Maka lebih baik ada kongsikan daripada langsung tidak ada.
Semak Resume anda di sini. Kami akan meneliti resume anda dan memberi idea bagaimana menulis resume yang majikan mahukan. Klik di sini sekarang dan hantar resume anda.
Di dalam resume, ada 4 perkara yang pasti hendak di lihat oleh majikan. Iaitu Education, Experience, Achievement dan Skills.
Skills adalah bahagian yang sangat penting yang sering di pandang remeh dan di tulis sambil lewa dan kebanyakan mereka di luar sana hanya meniru skills dari resume orang lain. Ini merupakan kesalahan yang sangat besar.
Ada 2 jenis skills iaitu Soft skills dan Hard skills.
Soft skills adalah kebolehan seseorang contohnya communication, decision making, leadership dan lain-lain. Ia lebih kepada “people skills” atau “social skills.”
Hard skills adalah kemahiran seseorang selepas melalui proses pembelajaran atau pengalaman contohnya accounting, data analysis, graphic design dan lain-lain.
Resume yang bagus adalah resume yang mempunyai skills yang utama iaitu Skills yang telah disenaraikan di dalam “Job description”.
Selain itu, Skills utama ini juga harus anda sertakan di dalam resume objective.
Contoh Skills bagi jawatan Pupil in Chamber.
Contoh skills bagi jawatan Shariah Risk Manager.
Interests/hobbies adalah bahagian tambahan yang baik sekiranya ada. Tetapi jika resume anda sudah panjang, tidak perlu masukkan Interests/Hobbbies.
Menulis Interests/Hobbies mencerminkan siapa diri anda yang sebenar. Ia boleh menjadi baik atau buruk kepada anda. Bergantung kepada bagaimana anda menambah Interests/Hobbies ke dalam resume.
7 contoh Interests/Hobbies pada resume:
Anda boleh jadikan contoh ini sebagai rujukan untuk menulis Interests/Hobbies ke dalam resume. Berikut adalah contoh bagaimana menulis Interests/Hobbies dalam bentuk infografik untuk menarik perhatian majikan.
Semak Resume anda di sini. Kami akan meneliti resume anda dan memberi idea bagaimana menulis resume yang majikan mahukan. Klik di sini sekarang dan hantar resume anda.
Ini juga adalah ruangan tambahan yang sangat baik di sertakan sekiranya anda mempunyai Certificate yang di perlukan oleh syarikat. Berikut adalah beberapa contoh Certificate yang di perlukan mengikut jawatan yang di tawarkan:
Safety Engineer : Safety and Health Officer Course (SHO).
Electrical Engineer : Electrical Safety and Safety and Health Officer (SHO) Course.
Aircraft Engineer : LAME – License Aircraft Maintenance Engineer
Selain itu anda juga boleh sertakan juga sijil berkaitan yang bersesuaian dengan jawatan yang di tawarkan. Contohnya, bagi jawatan Marketing Executive, mungkin anda pernah mengikuti kursus yang bersesuaian seperti Social Media Marketing Strategies, Ecommerce & SEO, Google Adword and Admob Tools dan sebagainya. Ia menunjukkan anda berkemahiran mengenai Software tersebut dan boleh membantu syarikat untuk menggunakan platform tersebut. Ini boleh menambah nilai diri dan kemahiran anda dan sudah tentu anda jauh meninggalkan calon-calon yang lain.
Semak Resume anda di sini. Kami akan meneliti resume anda dan memberi idea bagaimana menulis resume yang majikan mahukan. Klik di sini sekarang dan hantar resume anda.
Reference adalah maklumat terakhir yang perlu di sertakan di dalam resume. Ia adalah maklumat mengenai orang untuk di hubungi bagi mengesahkan maklumat yang anda nyatakan di dalam resume adalah tepat dan benar. Anda perlu meletakkan Reference di akhir ruangan resume anda.
Baiklah, setelah selesai membaca semua resume tips ini. Anda sepatutnya sudah mampu menulis resume yang lebih baik dan mampu merubah keyakinan dan persepsi bakal majikan bahawa anda adalah calon yang terbaik berbanding calon yang lain.
Mari kita lihat contoh resume yang telah berjaya menarik hati majikan. Contoh ini adalah pengalaman sebenar calon yang telah mengikuti semua tips dan formula yang telah dikongsikan di blog ini. Mereka terdiri daripada freshgraduate, jurutera yang mempunyai 2 tahun pengalaman bekerja dan HR Executive yang mempunyai 3 tahun pengalaman berkerja. Resume mereka jelas memberi impak yang positif terhadap kerjaya mereka.
100% Great Feedback from Customer
The Best Resume Template in Malaysia
Useful Tips and Information
Paypal / Mastercard / Visa
You are signing up to receive product updates and newsletters. By signing up, you are consenting to our privacy policy but you can opt out at any time.
Copyright 2019 © Resume Trendy | Designed By BenamiciStudio